inspirasi ku bermula disini
Sabtu, 5 November 2011
salam aidiladha
.......SALAM AIDILADHA…….
Esok 06 November 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432 Hijrah.
Seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Qurban
Atau Hari Raya AidilAdha atau Hari Raya Haji.
Maka, saya dikesempatan ini ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Haji kepada semua.
Bagi yang mengerjakan ibadah haji tahun ini,
semoga anda dapat beribadah dengan sempurna,
selamat pergi dan balik serta membawa haji
yang mabrur. Bagi yang berkorban tahun ini pula,
tak kisah la lembu ke kambing ke atau apa saja,
di harapkan pengorbanan anda itu akan membawa
seribu keberkatan.. Amin.. =)
Dari wiradamai sekeluarga
Jumaat, 30 September 2011
Isnin, 5 September 2011
selamat hari lahir wafa khairina yg ke-3 tahun pd 04 sept 2011 bersamaan 06 syawal.
DOA HARI LAHIR...
Ya ALLAH,Panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga diakhirat kelak ku mengutip hasilnya,
Ya ALLAH,tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
sebagai tanda cintaku pada mu,
Ya ALLAH,Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi......
.........Amin................
Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki dan dipereratkan kasih dalam Keberkatan dan Keredhaan Allah, InsyaAllah…
salam aidul fitri maaf zahir & batin buat semua..
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya
Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
dari kami sekeluarga....
Ahad, 28 Ogos 2011
Rabu, 17 Ogos 2011
Langgan:
Catatan (Atom)